Tawaran

Ingin mendapatkan prepaid PERCUMA? Sila lihat HOT TICKET CLUB. Panaaaaassssss!!!!!!
Pengenalan:
Kelab Jom Makan ialah sebuah kelab maya yang bertujuan mengumpulkan seramai mungkin ahli-ahli yang mempunyai minat yang sama di seluruh negara.

Diuruskan oleh En. Khairul Anuar Bin Abd. Hamid dan dibantu oleh beberapa rakan yang mengetahui lokasi-lokasi makanan yang telah mereka terokai dan boleh dicadangkan kepada ahli kelab.

Adalah diharapkan dengan adanya kelab ini, rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama akan menjadi ahli dan menjemput rakan-rakan mereka juga bergiat sama agar faedah yang telah disediakan boleh dimanfaatkan bersama.

Aktiviti:
Aktiviti Kelab ialah riadah berkumpulan di mana ianya adalah gabungan di antara melancong secara berkumpulan sambil menikmati pelbagai makanan di destinasi mahupun dalam perjalanan.

Buat masa ini, kegiatan Kelab adalah terhad kepada dalam negara sahaja tetapi perancangan untuk ke luar negara sudah pasti tidak diabaikan. 


Selain itu, kelab juga bercadang untuk mengadakan kursus-kursus yang berkaitan dengan makanan samada secara kecil-kecilan mahupun di peringkat persijilan.


Keahlian:
Keahlian adalah terbuka kepada sesiapa yang berminat dengan aktiviti-aktiviti Kelab tanpa ada had umur atau jantina.
Bayaran keahlian adalah RM30.00 sahaja tanpa ada apa-apa yuran bulanan.
Pendaftaran boleh dilakukan dengan menggunakan borang yang boleh diperolehi dengan memuat turun di halaman Borang-Borang atau berhubung terus dengan En. Khairul Anuar.


Faedah Ahli:
Faedah utama yang akan dinikmati oleh ahli ialah terkumpulnya rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama di ruangan maya tanpa ada sempadan negeri mahupun negara.
Sudah pasti semua aktiviti yang dirancang memerlukan kewangan samada untuk tambang ke destinasi di dalam dan luar negara, keperluan membeli-belah dan MAKAAAAN!! Di sinilah letaknya keistimewaan keahlian Kelab Jom Makan. 

Mulai 1 Jun 2011, ahli yang mendaftar dengan Kelab Jom Makan akan menerima top-up prepaid (airtime) yang bernilai RM10.00.Ini adalah selaras dengan hubungan usahasama dengan Kelab Hot Ticket yang akan memanjangkan faedah-faedah terkini kepada ahli Kelab Jom Makan.

Sila lihat laman HOT TICKET CLUB untuk maklumat lanjut. Untuk ahli-ahli yang telah berdaftar, sekiranya ingin mendapatkan faedah ini, anda juga perlu membayar RM30.00.
Hubungi En Khairul untuk maklumat lanjut. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.

Ahli dinasihatkan selalu melihat blog ini untuk maklumat dan berita-berita terkini.

Hubungi kami:
Khairul Anuar Bin Abd. Hamid,
Tel : 012 – 416 3626
Email: kelabjom.makan@gmail.com